Sunday 24 July 2011

Di sebalik rahsia Allah dalam solat tahajud

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya solat Tahajud atau ssolat di tengah malam. Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk solat tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi,  sejuk dan penuh keheningan. Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah. Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. 
Solat Tahajud ialah solat sunat dua rakaat, merupakan di antara pelbagai solat sunat yang disyariatkan oleh Allah. Ia ditunaikan apabila seseorang itu terjaga daripada tidur sementara waktu yang paling sesuai melakukannya adalah di antara sepertiga malam iaitu kira-kira dari pukul 2:30 pagi hingga menjelang subuh. “Kalau nak solat sebelum tidur, iaitu selepas sembahyang isyak pun boleh, tapi lebih eloklah pada sepertiga malam kerana waktu itulah yang paling sesuai untuk seseorang itu membersihkan jiwa serta mendekatkan diri dengan Allah.


Sekalipun solat Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79) Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya solat Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.
Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “Allah turun (kuasa/perintah) pada tiap-tiap malam langit dunia. wahai malaikat, kamu periksa semua makhluk-makhluk di muka bumi. Sesiapa yang bermohon kepadaKu (di sepertiga malam), maka makbulkan doanya. Sesiapa yang meminta kepada Aku, beri. Sesiapa yang meminta ampun kepada Aku, maka ampunkanlah ia”.
Orang yang gemar bersolat tahajud juga akan dianugerahi Allah dengan pelbagai rezeki seperti hati yang tenang, ilmu yang banyak, murah rezeki, harta terpelihara, kesihatan yang baik, anak-anak berjaya dalam kerjaya dan dihormati masyarakat. Tegas beliau, kerana besarnya fadilat solat tahajud itulah Nabi s.a.w mengajak umatnya menunaikan ibadah tersebut pada setiap malam, tetapi jika tidak mampu, sekali seminggu, sekali sebulan, sekali setahun atau sekali seumur hidup

Janji Allah itu cukup jelas kerana orang yang gemar menunaikan tahajud adalah orang yang cintakan Allah, bersih hatinya dan sentiasa memohon ampun kepada Allah untuk menyucikan dirinya daripada dosa. Mereka akan kembali kepada Allah dalam keadaan mulia dan dimasukkan ke syurga
Kesempatan itulah yang harus digunakan untuk bertemu dengan Allah supaya menjadi orang beriman. Orang yang selalu solat malam, hatinya bersih, suci, hubungan dengan Allah cukup kuat, patuh perintah Allah dan dikasihi Allah.
Di tengah kegundahan hati, keresahan yang kita rasakan mengadu hanya kepada Allah sampai menitiskan air mata menjadikan kegundahan hati menjadi lega. Hal itu juga dilakukan oleh Nabi Muhammad yang setiap saat dalam solat tahajudnya sentiasa menitiskan air matanya



Bukan untuk mendabik dada atau berniat untuk bermegah-megah kepada dunia yang saya sangat arif dalam soal agama.Akan tetapi saya ingin berkongsi akan nikmat yang saya perolehi dengan keizinan Allah..Saya amat naïf dalam ilmu agama,tetapi dengan berkat pertemuan saya dengan seorg hamba Allah yang mulia saya telah disarankan untuk mengerjakan solat sunat tahajud di saat saya tersepit dalam kesulitan hidup yang teruji.Ujian Allah saya tempuh satu persatu dengan tabah kerana saya tahu Allah sedang menduga saya.
Ketika emak saya telah disahkan oleh doktor positif kanser paru-paru tahap 4,bagaikan bumbung jatuh di atas kepala saya.Hanya Allah yang tahu betapa sukarnya saya menerima khabar itu,inikan pula ibu saya sendiri yang menanggung penderitaan itu..Bak kata pepatah,berat mata memeandang…berat lagi bahu memikul.Apakan daya..kehidupan tetap jua diteruskan wlaupin hakikatnya saya tahu,sampai masanya emak akan pergi menghadap Illahi.Itu janji Allah ke atas setiap makhluk di muka bumi ini.
Dugaan datang tidak berhenti di situ sahaja,saya mempertarukan segala kudrat saya,segala pengorbanan saya,segala masa & juga tenaga saya.TIDAK APA…kerana bagi saya ini sahaja kesempatan yang harus saya rebut untuk membalas jasa & pengorbanan emak saya yang selama ini membesarkan saya.Tambahan lagi ini sahaja waktu yang bersisa harus saya lengkapi untuk emak tersayang kerana bagi saya emak tiada tolok bandingnya untuk dcari,untuk dibeli & untuk disayangi.Saya tidak pernah & tidak akan pernah menyesali mengorbankan apa jua kesempatan yang saya perolehi pada waktu itu,kerana saya yakin akan janji Allah…segala yang berlaku akan ada hikmah di sebaliknya.
Saya mendapat kekuatan memohon petunjuk & keredhaan dari Allah,berdoa & mengerjakan solat malam untuk mencari kekuatan semoga saya terus tabah dan kuat.saya tak mahu lemah di hadapan emak saya kerana saya mahu emak tahu kami sebagai anak adalah kekuatan bagi dia.
Berkat doa yang tidak hentinya,berkat Izin dari Allah & berkat doa mak buat anaknya,saya berjaya mendapat kelulusan tabung perubatan dari JPA untuk membiayai kos perubatan mak bagi meneruskan kemoterapi kanser walaupun sebelum ini banyak pihak member reaksi yang negatif dengan menyatakan bahawa saya tidak mungkin memperolehinya.Saya tidak kenal putus asa untuk memperjuangkan hak mak saya selagi saya mampu walaupun saya terpaksa naik turun pejabat,tebalkan muka mencari peluang di mana harus saya perolehi duit supaya perubatan mak tidak berhenti setakat itu saja.
Dalam keadaan kesihatan mak yang tidak mengizinkan itu,saya ibarat musafir.Hospital rumah utama saya,kereta tempat alat kelengkapan saya,pejabat tempat melepaskan lelah saya & rumah hanya sekali ssekala saja saya menjengahnya..Jadual hidup saya tidak teratur dalam waktu dua tahun setengah.Kerja-kerja di pejabat seakan tunggang langgang saya rasakan.Saya gagahkan jua untuk melangkah..Cuti Rehat saya seakan tidak mencukupi,tapi saya tetap tak ambil peduli…Walau apa jua yang berlaku,kalau Allah dah tetapkan rezeki kita ia tetap ada,Saya telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi unit NAPIC peringkat Selangor 2008.YA Allah..hanya Allah yang maha mengetahui segalanya pada masa itu…dalam kekalutan itu,ada rezeki yang Allah telah berikan untuk aku berkongsi kegembiraan itu bersama mak.Bonus yang aku perolehi aku belanjakan untuk menampung membiayai perubatan emak.

Hari berganti hari…keadaan mak semakin kriktikal,aku semakin kalut meniti waktu.Mengejar ke sana ke mari…akhirnya aku nekad untuk memohon cuti separuh gaji untuk menjaga mak yang kian tiada kudrat.Berkat sokongan rakan-rakan sepejabat,rakan-rakan terapat & saudara mara serta jiran tetangga,aku nekad untuk memohin surat buat kali kedua kepada pihak atasan untuk memperolehi cuti.Pelbagai reaksi dan kata-kata belakang aku dengari,kononya agak payah untuk aku mendapat cuti tersebut dalam masa yang singkat,tetap aku tidak aku endahkan.Hanya pada Allah aku berserah.
Tanpa diduga permohonan cuti ku telah diluluskan dengan kadar yang amat mudah dan cepat sehinggakan ramai yang tidak percaya aku memperolehi dalam waktu yang sungguh singkat.ku sangkakan panas berpanjangan,rupanya gerimis menjengah….aku tidak sempat untuk memulakan cuti separuh gaji ku itu kerana dengan izin Allah,mak telah dijemput hanya padatinggal sehari sahaja sebelum aku memulakan cuti ku untuk menjaganya.Sedih dihati tak siapa yang tahu kerana aku tak sempat untuk menggunakan rezeki yang diperolehi.Tapi aku tau,semua itu telah diatur oleh Allah.
Mungkin memang takdir jalan hidup ku untuk menjaga emak ternoktah di situ..aku redha.Satu je yang aku yakin,aku hanya meminta selebihnya Allah yang tahu segalanya.Wallahualam.. begitu lah antara kisah besarnya nikmat yang aku perolehi semasa emak sakit dengan bantuan Allah dari amalan solat tahajud yang aku amalkan.Kini aku cuba praktikkan kembali supaya aku tidak menjadi insan yang mudah lupa dan hanya meminta jika dalam kesusahan.

2 comments:

  1. sedih nyer la bce cite akak..hrp akak tbh je hadapi dugaan ni..insyaAllah 1 hr nnt akak akan dpt ganjaran drpd praktik kn solat tahajud ni..:)

    ReplyDelete
  2. Insya Allah ain..ini pn berkat dr seorg hamba Allah yg akan sntiasa akan ingati..nasihat dia mberi akak kkuatan & hari ini akan nk share dgn apa yg tlh blaku.Doa akak smga hamba Allah itu,akakn sntiasa dilindungi Allah.amin.

    ReplyDelete