Sebut psl perayaan..smlm tlh brakhirnya bulan syawal...Mlangkah ke satu bulan yg baru, iaitu bulan ZULKAEDAH....kdtgn bulan ZULKAEDAH bkn bmakna ini adlh bulan yg biasa2 sharusnya yg kita ketahui.Di sebalik bulan ini ada beberapa peristiwa yang mungkin bole kita renungkan kmbali tentang kebangkitan umat islam pada zaman dahulu kalanya.Perjuangan Rasulullah bersama-sama para sahabatnya telah memberi impak yang begitu besar pada kebangkitan islam sehingga kini.Antara yang menarik untuk saya kongsikan pada umum adalah beberapa peristiwa yang pernah blaku dalam bulan ZULKAEDAH yg mungkin antara kita tdk tahu akan perkara ini.Di hrp apa yg saya paparkan ini mampu mberi sdikit info utk dikongsikan bersama & sekiranya info yang saya paparkan ini mpunyai kesilapan,dptlah kiranya anda mnegur & menilai paparan diblog saya ini.
Peristiwa di bulan Zulkaedah
Perjanjian Hudaibiyah
Berlaku
pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah. Rasulullah telah keluar dari
Madinah bersama hampir 1400 orang sahabat dengan tujuan ke Mekah untuk
mengerjakan umrah. Tatkala musyrikin Mekah mengetahui berita ini mereka
telah mengumpulkan pasukan yang berbeza keturunan bangsanya dan
keluar dari Mekah untuk menyekat Rasulullah dan sahabat daripada
mengerjakan umrah pada tahun tersebut. Lalu Rasulullah telah kembali
ke Madinah setelah termetri satu perjanjian (sulh) yang membenarkan
baginda datang pada tahun depan. Baginda tidak menetap lebih tiga hari
di sini. Melalui Hubaibiyah musyrikin dan Rasulullah bersetuju untuk
mengadakan gencatan senjata selama sepuluh tahun. Melalui perjanjian
ini juga disyaratkan Rasulullah menghantar pulang orang kafir yang
ingin memeluk Islam, sebaliknya musyrikin tidak perlu menghantar
pulang orang-orang Islam yang menjadi kafir.
Biarpun
perjanjian Nampak berpihak kepada musyrikin namun Rasulullah menerima
semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh musyrikin.
Sebelum
Hudaibiyah berlaku Baitur-Ridhwan setelah tersebar berita Uthman bin
Affan telah dibunuh, iaitu janji setia muslimin untuk bersama
Rasulullah membela kematian Uthman. Rasulullah telah menghantar Uthman
kepada pihak Quraish untuk memberitahu tujuan kedatangan nabi dan
muslimin bukan mahu membunuh sesiapa tetapi sekadar mengerjakan umrah
sahaja. Allah telah memuji orang-orang mukmin dan menurunkan ayat
tentang mereka:
“Sesungguhnya
Allah Telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji
setia kepadamu di bawah pohon, Maka Allah mengetahui apa yang ada
dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi
balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat
(waktunya)”.(Al-Fath: 18)
Umrah al-Qada’
Pada
tahun ke 7 Hijrah, Rasulullah saw telah keluar daripada Madinah
bersama 2000 muslimin untuk mengerjakan umrah. Baginda berjalan
sehingga tiba di Mekah dan terus mengerjakan umrah, melakukan Tawaf di
Baitullah dan bertahallul. Setelah selesai bertahallul baginda telah
berkahwin dengan Maimunah bt al-Harith al-Hilaliyah r.a.
Hujjatul Wada’
Rasulullah
mula keluar meninggalkan Madinah untuk menunaikan Hujjatul Wada’
(haji terakhir) pada penghujung bulan Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah.
Rombongan ini disertai ramai muslimin. Rasulullah menunaikan solat dua
rakaat di Zulhalifah. Semasa tiba di Wadi al-Aqiq turun ayat al-Quran
yang memerintah baginda supaya berkata kepada muslimin: “Ini ialah
haji dan umrah sekali”. Bermaksud Allah menyuruhnya mengerjakan haji
dan umrah sekali. Apabila tiba waktu pagi menyampaikan berita ini
kepada rombongan muslimin.
Peperangan al-Firadh
Ia
berlaku pada Zulkaedah tahun 12H. Pada peperangan ini berlaku pakatan
jahat antara musyrikin Arab, Rom Kristian dan Parsi Majusi menentang
tentera muslimin. Tentera muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin
al-Walid telah menang ke atas pakatan jahat ini. Firadh ialah suatu
tempat di sempadan Sham, Iraq dan Jazirah di sebelah tenggara. Jumlah
tentera pakatan Rom, Parsi dan Arab yang telah terkorban pada masa itu
ialah seramai 100,000 orang dengan kesepakatan ahli sejarah. Menurut
Yaqut al-Hamwi di dalam Mu’jam Buldan: Pasukan Rom, Arab dan Parsi
telah bergabung dalam satu pakatan. Lalu berlaku satu pertempuran
besar dan dahsyat di sana. Tentera musuh yang terbunuh seramai 100,000
orang!!
Pembukaan Bisan
Kota
Bisan terletak di bahagian utara Palestin iaitu di sebelah tenggara.
Pada Zulkaedah tahun 13H bersamaan 634M kota Bisan Berjaya dibuka oleh
tentera muslimin yang dipimpin oleh panglima Syarhabil binHasanah dan
Amru bin al-‘As