Saturday 26 November 2011

T.E.M.A.N


seindah waktu dulu tak mungkin bisa aku hampiri
kerdilnya diriku di penghujung sendu
aku merenung saat waktu kau kian menjauh
menidakkan kehadiran ini sebagai temanmu

Harus banggakah aku akan cemuhanmu dulu 
Pedih lukaku kian meresahkan kabut
Hadirnya dia mematahkan rinduku
Dia yang kau damba, aku keliru

kau semakin hilang dalam bayang-bayang palsu
cerita dulu aku pendamkan
bagiku tak apa
aku akan sentiasa ada disisimu
kerna janji aku tak kan menipu

terima kasih teman atas apa adanya
Bandingkan aku tatkala bersamanya
aku pasti Allah tetap ada
percaya setiap rahsia ada jawapannya


Bagimu dia lah segala
segenap ruang dan waktu
pelengkap segala ceria
kesakitan pada diriku tak mungkin sama apa yang telah kau rasa...
walaupun begitu...aku tetap ikhlas menerima


Kagumnya kamu atas apa adanya dia
Menolak aku sejauh mungkin
Hingga kau lupa siapa pula aku pada satu ketika
kerana kasih ini takkan mungkin berpaling

aku mahukan momen yang dulu
Saat kau tidak lagi mengenali si dia
aku mahu engkau yang dulu
seorang wanita yang berpegang pada janjinya!

Tuesday 8 November 2011

MACAM-MACAM....

 RAGAM BERCINTA

kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas... bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas ! so, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas.

kepada yang masih SINGLE, cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.


♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL, jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

kepada yang PATAH HATI, bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA, bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus. biar selamba janji stabil. cubalah untuk memahami. bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua rasa jika itu yang benar-benar dialami.

kepada yang TAKUT MENGAKUI, cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang. tetapi lebih sakit lagi, bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.


♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI, hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. biarkan dia pergi, dan lupakan.