Wednesday 24 August 2011

Ya Allah..aku bermohon..

“Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMU yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMU yang menyampaikan kami ke syurgaMU, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.”

“Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami.”

“Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian ENGKAU dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal ENGKAU, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.” “Wahai tuhan kami, ENGKAUlah penolong kami, maka kepada ENGKAU kami mohon pertolongan. Wahai Tuhan kami, ENGKAUlah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada ENGKAUlah kami pohon selamat. ”

“Selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksaMU, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada Tuhan bagi kami melainkan ENGKAU demi kebesaran wajah ENGKAU dan kemuliaan kesucian ENGKAU, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba ENGKAU, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari ENGKAU wahai Tuhan yang Maha Pemurah.”

“Wahai Tuhan sama ada ENGKAU lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana KAMU lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan KAMU menundukkan mereka seperti seperti KAMU menundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun KAMU lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan KAMU hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan, Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhlukNYA, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya ENGKAU berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.”

“Ya Allah,Ya Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian.” Ya Allah Ya tuhanku aku tak berdaya lagi utk menjaga agamaMU kerana amat kuat serangan yg datang dari pelbagai cara. Oleh itu aku minta kepadaMU pertahankan agamaMU sebagaimana ENGKAU mempertahankan rumahMU dari serangan tentera Abrahah.

Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami,

hapuskanlah cacat cela kami,

pimpinlah kami ke arah kebaikan,

hiasilah kami dengan taqwa,

kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu,sepanjang hidup kami.

Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu,bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,khusyuk kepadaMu.

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami mohon kepadaMu,

ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah,

tolonglah kami mengingat Engkau,

menyebut namaMu,

mensyukuri Engkau,

baik ibadat kepadaMu.

Ameen

Friday 19 August 2011

Doaku...

Ya Allah
Ku bukakan lebaran catatanku
Dalam perjalanan mencari cinta kepadamu
Telah ku daki puncak derita sengsara hati

Kau tiada dihatiku


Telah ku jatuh tersungkur ke lembah hina
Bila hatiku jauh daripadamu
Telah ku terapung di langit kecewa
Bila hilang
Namamu dari jiwaku

Ya Allah
Maka sehinanya sifatku
Restuilah perjalananku ini dalam men cari cintamu
Agar tidak sesat berliku diriku ini
di penjuru waktu

Ya Allah
Tiada serinya hidupku ini
Meskipun melimpah kasih insan
Sedangkan tiada pula kasihmu dihatiku

Andai tiada juga kasihku untukmu dihatiku
Maka restuilah perjalanan batinku ini
Di dalam mencari jalan untuk pulang kepadamu
dengan cinta yang suci



Aku Bukan Boneka

perasaan itu seolah membunuhku
hati pilu tika sarat luka yang baru
wajah itu hambar untuk ku pandang
kerana DIA....aku kian hilang.

jauh lamunanku menebarkan ruang waktu
risau hatiku kala aku terbungkam
pada tiap waktu yang menyapa
kerana rindu itu kian menyiksa

aku butuh kamu
aku rindu kamu
aku mahu kamu...

tapi kamu di mana???

puas aku mencari
puas aku susuri
puas aku jejaki

kau tegar menghukum aku
membelenggu akal dan fikiranku
hingga kau mampu melakar asmara
aku terkurung kerna helah yang kau ciptakan.

untuk apa kau hadir
jika niat mu hanya bagai menikam
aku dari belakang

wajah mulus mu bagai bukan pesalah
lentok riakmu hanya mencemarkan kesucian
santunmu bagaikan ada yang tak kena
kerana engkau umpama perosak yang membinasakan.

hairan aku melihat reaksimu
tampak tenang sekilas pandangan
hanya dusta merajai jiwamu
aku tak ubah boneka di matamu


pergilah kau jauh dari sisi hidupku
aku tak mahu kian terluka lagi
kerana aku sedar aku tak punya siapa
kemenangan engkau bagiku tidak bermakna

hari ini ku tewas tak bererti aku mengalah
Biarkan aku pergi kerana aku tak gusar
pada insan sepertimu yang tak pernah menghargai
apa itu nilai sebuah ikatan
yang aku tak pernah minta untuk dibalas

Friday 12 August 2011

Cinta Teragung

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu


Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku


Mula-mula saya dengar lagu nie...saya ambil endah tak endah je macam angin lalu...hari makin hari saya tetap buat macam tu...TAPI..pada suatu hari masa saya memandu sorang2...saya bukak la radio...radio Hotfm masa tu..saya pun nyanyi semua lagu yang deejay putarkan...bila ada lagu yang saya tak hafal,saya akan dengar je..
Nak jadi cerita,,perjalanan saya masa tu agak jauh...so bila sampai turn lagu Hazama dimainkan...saya kuatkan volume skit...sebabnya saya tak hafal lirik lagu nie..bila saya dengar je masa sekali tu..terus dalam ati saya berkata,"menarik la lagu nie"...pastu,bila sampai umah..saya terus bukak laptop saya dan "on" kan lagu nie & cari lirik...sumpah..nyesal nape la x minat dari awal...liriknya sangat menyentuh hati saya kerana ia mengisahkan betapa sukarnya "dia" untuk meraih kasih dari seseorang & dalam masa yang sama "dia" turut menyatakan dia akan berusaha semoga cinta "dia" akan diterima jua akhirnya...
Dan akhirnya saya turut jatuh cinta dengan lagu nie kerana liriknya penuh keikhlasan cuma adakah seseorang itu mahu untuk menerima sebuah "cinta teragung" dr saya???
i have no idea...saya akan menunggu dan terus menunggu sehingga saya mampu mempunyai "cinta teragung" itu...bila,siapa & bagaimana ???? wallahualam...saya akan terus berdoa semoga akan hadirnya 'cinta teragung" itu...dan saya percaya akan setiap janji ALLAH bahawa setiap kejadian pasti ada hikmahnya...

Wednesday 10 August 2011

Luahkan Sebelum Terlambat

Kisah ini tentang seorang gadis yang jatuh hati pada teman baiknya yang boleh berkongsi suka dan duka.

Kita gelarkan mereka sebagai Adam dan Farah. Bagaimanapun, Farah tidak pernah meluahkan perasaannya itu, bimbang persahabatan mereka yang sedia terjalin, akan tercalar dengan pengakuan itu.

Pada suatu hari, Adam mendatangi Farah dengan satu dilema. Adam meminati seorang gadis dan meminta pendapat Farah, sama ada dia harus menghantarnya satu kad ucapan. Hati Farah hancur berkecai tetapi dia sembunyikannya. Baginya, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaannya jua.

Adam rasa, dia suka Adam tak?” tanya Farah. “Adam tak pasti, tetapi… mungkin juga,” jawab Adam. “Adakah Adam pasti dia belum berpunya?” tanya Farah lagi sambil di dalam hatinya berdoa si gadis pujaan Adam sudah mempunyai teman istimewa. Adam menjawab: “Belum.”

“Kalau macam tu, teruskan. Itu cara terbaik untuk mengetahui sama ada dia juga sukakan Adam. Lagipun, siapalah yang mampu menolak lelaki seperti Adam,” ujar Farah cuba bergurau dan menyembunyikan perasaannya. Selepas itu, Farah cuba mengorek lebih lanjut daripada teman-temannya dan Adam, siapakah gadis bertuah itu tetapi hampa.

Beberapa hari kemudian, Adam datang lagi. “Perlukah saya membelinya sejambak bunga?” “Ya, Farah tidak pernah terjumpa mana-mana perempuan yang tidak sukakan bunga!’ “Bunga apa yang patut Adam berikan?” “Bergantung, kepada apa?” “Bergantung kepada apa jenis bunga yang dia sukakan dan berapa banyak wang yang Adam ada.” “Adam tak kisah tentang duit.”

Kalau begitu, belikan dia bunga mawar merah, penjual bunga tentu tahu apa maksudnya.” “Adakah penjual bunga boleh mengirimkannya bersama kad ucapan?” “Ya.” “Kenapa Adam tidak memberikannya sendiri.” “Tak boleh.” “Kenapa pula?” “Adam takut dia tidak sukakan Adam.” Farah menjadi bertambah sedih.

Pada suatu hari, ketika sedang mengemas rumahnya, seseorang telah mengetuk pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki penghantar berdiri bersama sejambak bunga mawar merah yang dikepilkan bersama sebuah kad ucapan.
Kad itu berbunyi:
“Sudah lama Adam tertarik pada Farah (lelaki mana yang tidak tertarik pada Farah, bukan?) Namun, semakin kita menjadi akrab, Adam dapat melihat kecantikan dalaman Farah sebagaimana kecantikan luaran. Perasaan Adam menjadi lebih mendalam, melebihi seorang kawan tetapi Adam bimbang untuk berterus terang.
“Adam menghargai persahabatan kita lebih dari segala-galanya tetapi Adam mahu Farah tahu, apa yang Adam rasai di dalam. Sekiranya Farah tidak merasakan apa yang Adam rasai, Adam sesungguhnya mengerti. Adam harap, kita masih boleh terus menjadi teman karib dan Adam berjanji, tidak akan membangkitkan perkara ini lagi. Seolah-olah, ini semua tidak pernah berlaku dalam hidup kita, okey? Hubungi Adam. Adam mahu tahu, apa pendapat Farah.”
Sudah tentu Farah terus menghubungi Adam dan sejak itu mereka menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia sehingga kini.
Hidup ini terlalu singkat untuk kita menerawang dan tertanya-tanya apa yang orang lain fikirkan tentang kita. Pejam mata, tetapkan pendirian dan `go for it’.

ada setengah orang amat bernasib baik bila dia meluahkan isihatinya dan ia diterima baik...TETAPI..ada setengah orang pula,tiada keberanian untuk meluahkan kerana dikhuatiri akan disisihkan & diperlekehkan...apa2 pn pokok pangkal,tepuk dada tanya selera.


Bagi pengalaman saya sendiri,saya pernah berterus terang meluahkan perasaan saya pada seseorang secara 'two way'..saya tak pernah kesal dengan apa yang saya lakukan kerana pada waktu itu apa yang terbaik saya rasakan,saya luahkan..sekurang-kurangnya saya tidak menipu diri sendiri...itu mungkin dulu...KALAU itu berlaku sekarang, saya tiada keberanian ke arah itu..KERANA...biarlah saya simpan kerana saya tahu tidak semua yang kita ingini dapat kita miliki..kerana saya mencari benda yang bukan hakiki tetapi biarlah ia datang dari hati yang tulus untk memberi..

Monday 8 August 2011

Dari Kaki Tangga Ke Menara


Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi

Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka

Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara

Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan

Sunday 7 August 2011

kisah siri 4...Seribu Burung Kertas


Sewaktu di awal percintaan, Boy melipat 1000 burung kertas buat Girl supaya Girl menggantungkannya di dalam bilik. Boy menyatakan 1000 burung kertas itu menandakan erti 1000 ketulusan hatinya terhadap Girl.

Girl dan Boy berasakan setiap detk percintaan mereka begitu indah sekali.

Tapi entah kenapa, di suatu hari Girl mula menjauhi Boy. Girl telah memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan akan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannya selama ini.

Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Girl memberitahu "kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang.Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik.Kamu terlalu miskin.Aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin."

Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku ,menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan.Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dengan hati yang cekal.

Selang beberapa tahun...



Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman..akhirnya Boy berjaya memiliki sebuah syarikat yang berjaya.Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl. Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertakhta di hatinya.

Di suatu hari waktu hujan turun, Boy dari keretanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka.Mereka adalah orang tua Girl.

Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka melihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri,tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri.Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan lagi seorang yang miskin tetapi kini adalah seorang majikan kaya. Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.

Hujan terus turun tanpa henti biarpun kedua orang tua itu memakai payung tetapi badan mereka tetap basah kerana dek hujan.


Sewaktu mereka sampai ke destinasi,Boy tercengang melihat apa yang ada di depan matanya.Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Boy mengikuti Orang tua Girl.Mereka berdiri dihadapan sebuah kubur. Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang dirinduinya.

Boy terduduk seperti tidak percaya apa yang ada di depan matanya sekarang.Orang tua Girl terperanjat sambil memegang bahu Boy lantas memberitahu "Girl sebenarnya tidak pergi ke Paris,tetapi Girl sebenarnya menghidap penyakit barah. Girl telah pun pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya".

"Boy...Girl ingin Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni Maka itu Girl terpaksa berbohong kepada Boy dulu. Girl ada menyatakan yang dia sangat menyintai Boy...Namun dia percaya kalau Boy berusaha,pasti Boy akan berjaya".

"Girl juga ada berkata...jika suatu hari nanti sekiranya Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap Boy akan membawa beberapa burung kertas buatnya.

Boy melutut sambil menangis semahu mahunya kerana dia tidak menyangka yang Girl menyembunyikan segala tentang dirinya dari pengetahuan Boy sedangkan selama ini Boy merasakan Girl begitu tergamak meninggalkan Boy hanya kerana Boy tidak berharta.Jauh di lubuk hati Boy,seandainya dia tahu Girl menderita selama ini,Boy takkan sesekali membiarkan Girl menghabiskan masa-masa terakhirnya dalam kesedihan.

Hujan hari itu terasa tidak akan berhenti lalu membasahi sekujur tubuh Boy. Boy teringat akan senyuman Girl yang begitu manis dan tulus. Mengingati semua itu, hatinya terasa berkecai.
Di waktu lapang bila Boy duduk menyendiri, Boy pasti teringatkan segala perkara mengenai Girl. Tanpa sedar, airmata Boy megalir laju membasahi pipi. Bila Boy terdengar lagu Alyah,baru dia sedar hakikat antara dia dan Girl telah ditakdirkan untuk bertemu,bercinta tetapi tidak bersama.


Kisah Hati
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Chorus
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Ulang Chorus

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Ulang Chorus

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


Thursday 4 August 2011

kisah siri 3..Biarkan aku jadi mataharimu...



Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.


Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya….

P/S: syoknya citer nie...agak2nya sape lah matahari saya yg sebenar...:)

Wednesday 3 August 2011

kisah siri 2...cinta 100 hari..

Kisah Cinta 100 Hari


Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.

Salleha : ” Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih yang dapat bersama berkongsi waktu denganku.

Salleh : ” Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang.” (keduanya mengeluh dan berdiam beberapa saat)

Salleha : ” Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? “
Salleh : “Errr? Permainan apa? “


Salleha : “Ermmmmm… sonang tu bah. Apa kata kau jadi kekasihku dan aku jadi kekasihmu tapi hanya untuk 100 hari saja….. camnerr okay tak? “

Salleh : ” Baiklah… lagi pong aku juga belom ada agenda apa-apa untuk beberapa bulan nie. “

Salleha : ” Lerr… cam tak ikhlas jerr…. nak tak nak??… semangat sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? “

Salleh : ” Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalau tak salah cerita Love Is Cinta tengah now showing nie….. Ajeb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi.

Salleha : “OK sett!!!…. Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr… agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? “

Salleh : “Boleh juga…” ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )




Hari ke 2 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe, suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Salleh membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :

Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirehat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7 :

Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan Salleha dengan lembut.

Hari ke 25 :

Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit, dan melihat bintang jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.

Hari ke 41 :

Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik The Viking, makan aiskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Salleha, dan Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.

Hari ke 72 :

Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pameran dari negeri Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk “Fortune Telling”. Sang peramal hanya mengatakan “Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang” kemudian peramal itu menitiskan airmata.

P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak… tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr…

Hari ke 84 :

Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai desaru kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.

P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong… korang jangan pulak nanti serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk… sama jugak macam yang kat atas tu… sajerr nak panjangkan citerr…

Hari ke 99 :

Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

1520hrs

Salleha : ” Aku haus. Rest kejap okay. “

Salleh : ” Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak minum “Green Tea”; You nak minum apa? “

Salleha : ” Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr “

Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama memandu.

1530hrs

Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.

Salleh : ” Ada apa Cik? “

Orang asing : ” Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam temanmu tadi “

Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha ke rumah sakit bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri… sekejap mundar-mandir.. fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs

Doktor Zuhana : ” Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya.

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha. Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha
untuknya.


Sahabatku Salleh…
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku.
Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.
Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memanjang hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh malam ( shooting stars ) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang padamu.



Terima kasih kepada yang sesiapa yang sudi membaca kisah ini.….
Seandainya kita diberi peluang,terdapat banyak perkara yang ingin kita ketahui,kita fahami & kita perbaiki... Perkara seperti ini memerlukan kita mempunyai ruang dan peluang.
Peluang hadir hanya sekali.kalau ada pun peluang itu hadir untuk kedua kali, namun ia tetap tidak sama dengan keadaan yang pertama.Oleh itu,sekiranya anda berpeluang untuk merasainya..nikmatilah kesempatan itu kerana tidak semua insan berpeluang merasai kenikmatan itu buat kali pertama.Sesungguhnya manusia itu sering dalam kelalaian & kerugian..


saya sgt suka jalan cerita cinta 100 hari...:)

Tuesday 2 August 2011

kisah siri 1...kopi masin

Kisah Kopi Masin



Dia bertemu dengan gadis itu di sebuah pesta, gadis yang menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekatinya. Sedangkan dia sendiri hanya seorang laki-laki biasa. Tiada seorang gadis pun yang begitu mempedulikannya. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang gadis itu untuk minum kopi bersamanya. Walaupun terkejut dengan undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Mereka berdua duduk di sebuah kedai kopi yang begitu nyaman. Si lelaki begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis merasa sangat tidak selesa.

“Cepat katakan sesuatu. Aku ingin segera pulang”, kata si gadis dalam hatinya.
Tiba-tiba si laki-laki berkata pada pelayan, “Tolong ambilkan saya garam. Saya ingin membubuhkan dalam kopi saya.”

Semua orang memandang dan melihat aneh padanya. Mukanya mendadak menjadi merah, tapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam dalam kopi serta meminum kopinya.
Sang gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya, “Kebiasaanmu sangat aneh?”.

“Saat aku masih kecil, aku tinggal dekat laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di mana aku dapat merasakan laut… masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini”,jawab si laki-laki.

“Sekarang, tiap kali aku minum kopi masin, aku jadi teringat akan masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan kampung halamanku, rindu kedua orang tuaku yang masih tinggal di sana”, lanjutnya dengan mata berlinang.

Sang gadis begitu terharu. Itu adalah hal sangat menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang laki-laki yang mengungkapkan kerinduan akan kampung halamannya. Ia pasti seorang yang mencintai dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Ia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Kemudian sang gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya…Perbualan yang sangat menarik bagi mereka berdua. Dan itu juga merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalin hubungan. Sang gadis menyedari bahawa dia adalah lelaki idamannya. Dia begitu toleran, baik hati, hangat, penuh perhatian…kesimpulannya dia adalah lelaki baik yang hampir saja diabaikan begitu saja.

Untung saja ada kopi masin !

Seperti setiap kisah cinta yang indah: sang puteri menikah dengan sang putera, dan mereka hidup bahagia… Begitulah lelaki dan gadis itu akhirnya bernikah. Dan, setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, si laki-laki meninggal dunia.

Dia meninggalkan sepucuk surat bagi isterinya:
“Sayangku, maafkanlah aku. Maafkan kebohongan yang telah aku buat sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu—tentang kopi masin. Kamu ingatkan saat kita pertama kali berkenalan? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin membatalkannya, tapi aku tak sanggup, maka aku biarkan saja semuanya. Aku tak pernah sangka hal itu akan menjadi awal perbualan kita. Aku telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu. Aku telah mencubanya beberapa kali dalam hidupku, tapi aku begitu takut untuk melakukannya, kerana aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apapun darimu… Sekarang saat kau membaca surat ini, aku sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan, maka aku akan mengatakan ini padamu: Aku tidak menyukai kopi yang masin. Tapi sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat berada disampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup sekali lagi, aku tetap akan berusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku harus minum kopi masin sekali lagi.”


Sambil membaca, airmatanya membasahi surat itu.
Suatu hari seseorang telah bertanyanya, “Bagaimana rasa kopi masin?”
Si gadis pasti menjawab, “Rasanya begitu manis.”

Moral:

Kadang-kadang anda merasakan anda mengenali seseorang lebih baik dari orang lain, tapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat anda tentang seseorang itu bukan seperti yang anda gambarkan. Sama seperti kejadian kopi masin tadi…

Monday 1 August 2011

MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI…

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”


Kenyataan itu adalah benar bahawa cinta itu tidak boleh dilihat,dipegang namun ia boleh dirasai...cinta itu tak pernah terlihat...tapi sejauh mana cinta itu mampu diraih??? Memberi dan menerima cinta adalah sesuatu yang berbeza..tapi berapa ramaikah yang mampu member cinta dan menerima cinta??
Tepuk dada tanya selera…:)