Wednesday 11 April 2012

Berat Jodoh


Berat Jodoh dan kaitan Gangguan Jin @ Sihir Pemisah


Ramai kawan kita yang masih membujang kat sini. Pernah kah anda terfikir sama ada situasi 'berat jodoh' yang anda hadapi itu ada kaitan dengan gangguan jin atau sihir pemisah?

Cuba kesan melalui tanda-tanda yang telah dikenalpasti hasil pengalaman mangsa dan pengamal rawatan Islam ini. Jika banyak YA daripada TIDAK, kemungkinan anda sedang menghadapi gangguan jin asyik (jin jatuh cinta pada manusia) atau kemungkinan menghadapi sihir gagal nikah.

Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah:
1.      fikiran selalu runsing
2.      sakit-sakit di belakang bahagian bawah
3.      badan lesu, selalu letih
4.      sakit perut selalu
5.      sakit kulit
6.      rasa ada seseorang tidur di sebelah
7.      terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
8.      suka menyendiri, pendiam
9.      selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
10.  selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
11.  orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
12.  orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
13.  selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
14.  selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
15.  imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
16.  bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
17.  selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / kena bunuh / mimpi kawen
18.  selalu kena period pain
19.  ada migrain yg kronik
20.  sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
21.  halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
22.  selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi

InsyaAlloh, ada cara untuk menyelesaikannya.

SIHIR PELALAU : Penghalang Jodoh Seorang Wanita (As-Syifa' Melaka : 013-2006363)

SOALAN: Banyak orang telah meminang saya. Rasanya lebih daripada lima orang, tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan. Begitu juga hubungan saya dengan lelaki, mula-mula serius, tetapi akhirnya hilang begitu sahaja, sehinggalah sekarang ini saya berumur 29 tahun.
Adakah saya ini akan membujang hingga ke tua. Adakah ia berpunca daripada rupa atau tingkah laku saya. Saya seorang perempuan yang sederhana dan mempunyai rupa yang tidak kurang cantiknya, berbanding dengan teman-teman yang telah bersuami.
Adakah saya berkemungkinan kena sihir atau pelalau seperti yang difahami oleh sesetengah orang?
– INA AINA, Segamat
JAWAPAN: Dalam membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan jodoh, banyak perkara yang perlu dikaitkan. Ia berbeza menurut keadaan atau latar belakang individu yang terlibat. Punca ataupun sebab yang dimiliki oleh seseorang, tidak semestinya boleh diaplaikan kepada orang lain.
Kerana itu memang ada logiknya kalau masalah jodoh ini disandarkan kepada Tuhan, biarpun ia melibatkan sebab musabab latar belakang manusia itu sendiri, malah qadak dan qadar itu sebenarnya memang daripada Tuhan.
Orang yang tidak berkahwin, terutamanya golongan wanita tidak boleh dikaitkan dengan rupa paras yang kurang cantik, perwatakannya yang kasar, cacat dan sebagainya, biarpun tidak dapat dinafikan kecantikan, tingkah laku lemah lembut dan lain-lain sifat tertentu itu menjadi impian dan idaman kebanyakan orang.
Allah s.w.t. menjadikan setiap satu itu berpasangan. Itulah di antara tanda-tanda kebesaran-Nya. Orang lelaki yang cukup anggota tetapi memiliki isteri yang cacat mata, ataupun sebaliknya. Persoalan bagaimana pasangan yang tidak boleh melihat keindahan dunia itu boleh bertemu dengan pasangannya adalah di luar keupayaan manusia untuk menentukannya.
Manusia hanya berupaya merancang. Allah adalah penentu yang sebenar. Kerana itulah manusia perlu menyandarkan setiap sesuatu kepada Allah, setelah berusaha, bertawakal dan berdoa lalu akhirnya berpasrah dan menerima setiap qadak dan qadar itu dengan rela dan ikhlas hati. Sesungguhnya Allah itu mahukan setiap hamba itu menerima qadak dan qadar ketentuannya dengan penuh kerelaan.
Merujuk kepada soalan saudari, saya tidak tahu sama ada saudari masih belum menemui jodoh sehingga sekarang kerapa pelalau, atau kerana sebab-sebab lain seperti yang dijelaskan.
Ketentuan sebab yang saudari nyatakan, di luar keupayaan saya untuk menjelaskan, walaupun demikian keterangan berikut akan menjawab pertanyaan saudari.
Pelalau adalah satu istilah dalam ilmu kebatinan Melayu yang melibatkan sihir. Sihir tidak boleh berlaku kecuali dengan adanya penglibatan makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin.
Sihir jenis ini dilakukan oleh manusia dengan bantuan makhluk halus, di antaranya untuk mengunci nafsu manusia tidak kira lelaki ataupun perempuan, daripada keinginan untuk berkahwin.

Kesan daripada terkuncinya nafsu, tabiat orang yang terlibat mungkin akan berubah, menjadi pendiam, tidak aktif, dalam keadaan murung, menyendiri dan tidak kurang di antara mereka yang bertindak di luar kebiasaan, akibat daripada tekanan jiwa ataupun akibat sihir pelalau, atau kerana kedua-duanya.
Selain daripada pelalau kunci nafsu kahwin, sihir jenis ini juga boleh menyebabkan berlakunya halangan-halangan menyebabkan usaha untuk menemukan jodoh seseorang itu tidak kesampaian.
Seorang gadis yang terkena sihir jenis ini mungkin berminat hendak mengahwini seseorang jejaka, tetapi pasangannya mungkin akan menolaknya, begitulah sebaliknya.
Pasangan ini mungkin telah bertunang bertahun lamanya, tetapi pada saat menunggu hari berlangsung, pihak perempuan atau lelaki enggan berkahwin dengan tunangnya, tanpa sebab-sebab yang munasabah.
Halangan mungkin tercetus daripada sikap ibu bapa atau salah seorang daripadanya, yang selalunya berlaku pada ibu kepada perempuan berkenaan. Mungkin ibu tadi mengancam akan membunuh diri kalau anak perempuannya tetap berkahwin dengan pasangannya atau ia tidak akan mengaku anak buat selama-lamanya dunia dan akhirat.
Ahmad An-Nuhas at-Tumi, dalam bukunya bertajuk Syifau ‘r-Rahman li ‘s-Sihri wa ‘l-hasad wa amradi ‘l-Jann, muka surat 55-60 menyatakan yang dia telah didatangi oleh seorang bapa bersama seorang gadis, memberitahu yang dia adalah seorang pekerja mempunyai ijazah Alamiyah, tetapi dia sering tidak berupaya menahan marah.
Dia telah menemui banyak doktor jiwa, tetapi tidak berhasil mengatasi masalah yang dihadapi. Bapanya mengadu masalah anaknya yang tidak mahu berkahwin.
Syeikh Ahmad telah bertanyakan latar belakang si gadis dan mendapati adanya tanda-tanda gangguan, lalu ia membaca ayat-ayat al-Quran. Ketika sedang membaca, gadis tersebut kelihatan menggeletar, lalu menjerit dan tidak sedarkan diri. Dalam keadaan tidak sedarkan diri ini telah berlaku dialog di antara Syeikh dan jin yang ada dalam tubuh gadis, menyebabkan berlakunya rasukan.
PINANGAN

Ketika ditanya apakah punca menyebabkan si gadis menolak pinangan orang yang hendak mengahwininya, jin yang mengeluarkan suara melalui lidah gadis menyatakan bahawa dialah yang melakukannya kerana dia terlalu sayang kepadanya.
Ketika ditanya bagaimana hal ini boleh berlaku, jin itu menjelaskan bahawa apabila ada orang lelaki datang meminang dia (jin) tadi akan menjadikan wajah orang yang meminang itu begitu hodoh pada pandangan si perempuan, jadi timbulnya rasa benci yang bersangatan.
Setelah syeikh tadi membacakan ayat-ayat al-Quran yang terdiri daripada ‘ayat-ayat azab’ jin itu akhirnya keluar dengan izin Allah. Gadis tersebut sembuh dan akhirnya menemui jodohnya dengan izin Allah s.w.t.
Dalam buku yang sama, muka surat 57, Syeikh Ahmad menghuraikan pengalamannya ketika didatangi oleh seorang lelaki yang datang bersama anak perempuannya, yang dikatakan memang rajin membaca al-Quran, tetapi sejak dua minggu lalu, dia telah meninggalkan sembahyang dan cepat marah biarpun kerana perkara yang kecil.
Setelah merasakan perempuan berkenaan menghadapi masalah gangguan, syeikh mula membaca doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran. Ketika sedang membaca, perempuan tadi kedengaran ketawa dan terus menerus ketawa berpanjangan, diikuti tangisan yang bersangatan.
Ketika ditanya, jin yang berada dalam diri perempuan tersebut selama sebulan tetapi tidak berjaya masuk dalam badannya kerana perempuan itu selalu berpuasa dan sembahyang. Tetapi sejak dua minggu lalu, iaitu selepas bulan Ramadan, perempuan berkenaan telah marah yang bersangatan membolehkan jin masuk dalam tubuh.
Setelah dirawat dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, jin itu keluar dengan izin Allah. Perempuan tadi terjaga dan bertanya apa yang telah berlaku dalam dirinya.
Syeikh Ahmad, menyuruhnya agar sentiasa membaca al-Quran, zikir-zikir di waktu pagi dan petang. Kepada bapa gadis itu, Syeikh memberi nasihat agar tidak mempercayai kata-kata jin, yang masuk ke dalam tubuh anak gadisnya itu atas permintaan manusia.
Pada satu ketika lain Syeikh Ahmad telah didatangi oleh seorang perempuan muda yang menyandang jawatan tinggi, tetapi tidak mahu berkahwin. Ketika ditanya, kenapa tidak mahu berkahwin, dia menyatakan: Saya telah turun darah nazif sejak satu tahun, tidak mahu sembuh biarpun puas berubat. Saya merasa sesak dada setiap kali ada lelaki yang datang hendak meminang,’’.
Ketika dibacakan doa, seluruh jarinya kelihatan menggeletar menunjukkan adanya gangguan. Syeikh telah menyuruhnya membaca surah Yasin, as-Saffat, ad-Dukhan. Selepas seminggu, gadis tadi memberitahu yang darahnya telah berhenti setelah tiga hari dia membaca surah-surah berkenaan. Gadis ini akhirnya menemui jodohnya dengan izin Allah s.w.t.
Berdasarkan contoh-contoh yang saya jelaskan tadi, ternyata pelalau yang saudari tanyakan, yang menyebabkan seseorang itu sukar menemui jodoh ataupun tidak menemui jodoh memang sesuatu yang benar boleh berlaku.
Pelalau adalah salah satu cabang ilmu sihir. Sihir tidak berlaku kecuali dengan adanya penglibatan makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin, sama ada iblis atau syaitan.
Banyak tanda untuk membuktikan sama ada seseorang itu sukar menemui jodohnya kerana pelalau ataupun sebab yang berpunca daripada perlakuan orang yang terlibat, tanpa melibatkan pelalau.
PERTOLONGAN

Kaedah yang berkesan mengatasi masalah yang berkaitan pelalau ialah dengan meminta pertolongan daripada yang arif menggunakan ayat-ayat al-Quran, seperti yang dilakukan oleh Syeikh Ahmad. Kaedah lain dengan memperkuatkan roh iaitu bertakarub kepada Allah s.w.t.
Untuk keterangan mengenai kaedah-kaedah rawatan yang perlu dilakukan, saudari boleh merujuk buku bertajuk: Merawat diri akibat sihir dengan bermunajat, 1998. Percetakan Watan, Kuala Lumpur.

Tidak mudah untuk menentukan sama ada seseorang itu tidak berkahwin berpunca daripada faktor luaran diri sendiri atau kerana sihir (pelalau).
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PELALAU

Di antara tanda-tanda seseorang itu kena sihir ialah adanya gangguan ketika hendak tidur. Bermimpi sesuatu yang mengerikan, seperti didatangi binatang buas, ditikam lembing, dilanggar kereta dan sebagainya.

Begitu juga dengan bermimpi melihat sesuatu yang menakutkan, seperti dikejar hantu, harimau, ular dan sebagainya. Jatuh dari tempat yang tinggi dan lain-lain lagi.

Tanda-tanda lain seperti mendengar suara yang ganjil di dalam rumah, di atas rumah atau paip dan suis lampu terbuka sendiri. Kadang-kadang dia mendengar suara memanggilnya, biarpun tidak ada manusia di sekelilingnya.

Tanda lain yang lumrah terjadi seperti berbau sesuatu yang luar biasa seperti bau wangi, padahal tidak ada minyak wangi tumpah, terbau busuk, bau darah, kemenyan, bau orang mati, nanah dan sebagainya. Bau-bau ini mungkin dihidu oleh diri mangsa sendiri atau seisi rumah.

Sering berlaku mangsa terlihat makhluk yang ganjil, dengan rupa yang menakutkan. Objek-objek seumpama ini selalunya sekelip mata sahaja.
Ketika seorang diri di rumah terasa adanya makhluk di sebelahnya, meremang bulu roma, manakala telinga menjadi tebal pada waktu-waktu tertentu.
Apa yang berlaku pada mangsa pelalau, ialah hilang rasa untuk berkahwin atau untuk meneruskan hubungan dengan seseorang biarpun sebelum ini ia terlalu mengharap benar agar hubungan itu berakhir dengan perkahwinan.
ARKIB : 27/08/2006
Pelalau kunci nafsu: Soal Jawab Bersama: DR.AMRAN KASIMIN
Sunting dan siar semula oleh Pusat Perubatan Islam As-Syifa' Melaka

Sakit akibat gatal-gatal di bahagian tertentu badan atau seluruh badan adalah disebabkan sakit fizikal dan juga akibat gangguan atau sihir dan sebagainya. Pesakit akan mengalami keadaan gatal yang ringan ataupun yang teruk umpamanya kulit akan menjadi berair, merah serta boleh menjadi luka atau bernanah pada masa tertentu. Pengalaman yang biasa dilalui ialah pesakit mengalami gatal pada waktu petang atau malam sehingga sukar untuk melelapkan mata.

DOA YANG DIBACA

1. Asas 10 (Al-Fatihah, Selawat Syifa',Lau Anzalnaa....)

2. Ayat-Ayat Syifa’

3. Bismillah Tujuh

4. Doa Syifa’

BAHAN RAWATAN

1. Daun Belimbing buluh ( tujuh tangkai )

2. Bedak Sejuk (sebotol/cup kecil)

3. Air Mineral (2 botol)

KAEDAH RAWATAN

Dibacakan semua doa di atas ke atas setiap bahan rawatan. Daun belimbing hendaklah ditumbuk halus/hancur dengan batu lesung atau di “blend”. Daun yang telah lumat dimasukkan dalam bekas/cawan, kemudian ambil sedikit anggaran satu sudu untuk dicampurkan dengan sedikit bedak sejuk dan air mineral di atas sebuah pinggan/piring putih yang kosong.
Kesemua bahan hendaklah digaulkan sehingga sebati menjadi semacam bedak, kemudian sapukan campuran tadi ke seluruh tempat yang gatal pada waktu petang selepas asar dan masa sebelum tidur. Lakukanlah sehingga tujuh hari berturut-turut. Mengikut pengalaman lepas, insyaAllah penyakit gatal pada badan akan hilang jua. Amin.



Berat untuk kita menerima apabila kita salah seorang hamba Allah yang diduga ujian sebegini.Namun begitu kita jangan merasakan dunia ini terlalu kecil sehingga kita terpaksa menafikan kewujudan cinta dan kasih sayang dalam hidup kita.Kehidupan harus diteruskan,cuma untuk menyakini orang sekeliling kita tentang apa yang kita lalui dan kita rasai amat sukar kerana tiak semua insan yang melaluinya.Apa-apa pun kita perlu redha dan sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu.dengan kudrat dan semangat yang kita ada,semoga ada jalan penyelesaian untuk permasalahan ini.kita mampu merancang,tapi allah jua yang menentukan.Di saat ini kita amat memerlukan bantuan dan juga sokongan dari insan-insan yang terhampir dengan kita.Namun begitu,perlu diingat bahawa pada waktu ini jua lah kita akan melalui kemelut hidup yang tegang di mana dugaan datang silih berganti sehingga kadang kala ada insan yang terhampir dengan kita turut sama mengambil kesempatan ke atas kita.Pada waktu itu,hanya pada Allah mampu kita berserah kerana kita pasti seetiap rezeki dan jodoh anya Allah yang mengetahuinya.Doaku semoga segala usaha ku,semoga segala doaku dan semoga segala kesabaran ku dapat mengembalikan saat gembiraku.Aku bukan insan yang terlalu memilih kerana aku sedar siapa diri ini.Tapi aku sentiasa berharap semoga aku "bebas' dari belenggu ini dan aku tabah menghadapi ujian Allah.Allah menduga aku kerana mungkin Allah ingin melihat sejauh mana dalamnya kasih ku terhadap Allah.Semoga aku tidak mengabaikan suruhannya dan selagi aku bernyawa aku berdoa semoga aku berada di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

3 comments:

  1. Kesukaran mendapat jodoh bukan kerana paras rupa, sikap, perangai dsb. Percayakah kalau saya katakana bahawa 'berat jodoh' juga ada kalanya berkaitan dengan gangguan syaitan, jin, saka atau sihir pemisah? Pengalaman keluarga kami terhadap masaalah ini cukup mengujakan satu masa dahulu. Hingga akhirnya kami bertemu seorang ustaz di kampong belahan tampok, rengit, batu pahat ( ustaz adi wijaya bin iskandar) sebagai usaha ikhtiar . saya suka mencadangkan pertemuan dengan beliau sebagai jalan usaha ikhtiar. Muda2han kita tidak tertipu dengan pelbagai kerenah perubatan yang kadangkala palsu dan mengaku2 demi kepentingan material semata.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih azlee parman ... Sekadar berkongsi info...... Last Saya mengunjungi kediaman ustaz adi wijaya di kampong belahan tampok, rengit, batu pahat untuk perubatan traditional pada pertengahan april lepas, selain dari nombor 013-7251546, watsapp ustaz adi wijaya adalah : 011-35109407

    ReplyDelete