Thursday 10 May 2012

Harga sebuah perhubungan


Indah sungguh nikmat Allah terleka dibuai perasaan sambil  menikmatinya dan betapa bersyukurnya kita sebagai hambanya yang sungguh bertuah tinggal di alam nyata.Alangkah manis bila setiap saat,waktu dan ketika kita laluinya dengan penuh rasa tawaduk,syukur dan gembira.Tapi siapakah kita untuk menentukannya perasaan itu tanpa kita duga sebenarnya ada hati yang terluka kerana kita. Kita mampu merencana selebihnya perlu berserah untuk takdir penentu segala..

Dewasa kini kita sering dilambakkan dengan pelbagai berita-berita atau gossip-gosip hangat di lapangan media dan rancangan hiburan kontroversi.apa yang kita lihat perkara-perkara ini sinonim berlaku di kalangan artis atau selebriti dan tidak ketinggalan di kalangan atlet-atlet tanah air kita.Gossip-gossip yang sering menjadi topik bualan masyarakat kini adalah yang lain dan  tak bukan antaranya kes-kes penceraian,artis rampas suami orang,skandal dengan VVIP dan juga pergaduhan sesama artis melalui twitter mahupun facebook.

 Bagi saya mahupun artis ataupun tidak,kita semua sebenarnya hanyalah manusia biasa.Tiada sempurna mana kita di mata manusia sendiri pn. Hatta dengan manusia pn adakalanya pandang sebelah mata pun tak dihajatinya inikan berharap dapat duduk makan semeja.Untuk berada di sisi Allah pun kita  jauh beza jika dibandingkan dengan apa yang telah dipinjamkannya kepada kita sebagai hambanya. Sewajarnya kita harus memperbaiki ape jua kesilapan yang dilakukan walaupun kita sedar yang kita sekadar makhluk Allah yang lemah lagi tidak sempurna tetapi Allah sentiasa memberikan peluang kepada umatnya agar sentiasa berdoa semoga segala “perjalanannya” dipermudahkan dan diberkati oleh NYA.

 kita semua dapat menyedari akan tindak tanduk kita selama nie baik pada pandangan mata umum??? Tertarik saya pada satu kenyataan seseorang yang memetik “kita umpama biasan bayang-bayang yang sentiasa mengekori ke mana saja langkah kita pergi”..Seandainya langkah kita menghala ke jalan kegelapan, bayang-bayang itu tidak akan kelihatan lagi.

Saya juga suka akan kata-kata ini, “orang yang memandang kita ibarat cermin buat kita.Pantulan . mengambarkan nilai posit dan negatif yang ada pada kita.Sekiranya kita bijak beraksi di hadpan cermin,maka pantulan itu akan menghasilkan pantlan yang memukau” Selagi kita mempunyai sahabat,teman atau orang yang sentiasa mengambil berat pasal kita,itdiri kita bemakna kita sentiasa berada dalam kelompok yang  selesa  kerana tanpa mereka siapalah kita.Sokongan serta harapan mereka terhadap kita sebaik2nya jangan la dipersiakn begitu saja.Saat bila salah seorang dari sahabat,teman dan sesiapa saja yang pernah dekat di hati kita mula “hilang” atau menjauh secara drastik…pada saat itulah kamu harus mengerti yang bukan kamu saja yang mempunyai hati dan perasaan untuk dijaga.Tapi ada hati yang telah terluka.Saat itu apabila terbit rasa bersalah pada diri kamu,tiada guna mencari silap kamu di mana.Tapi carilah semula titik mula perhubungan itu bermula.

Suatu perhubungan perlu ada batasan.Sebuah perhubungan menafdirkan  sebuah penghargaan.Sebuah perhubungan mencorakkan  nadi kehidupan.Itulah nilai sebuah PERHUBUNGAN….

No comments:

Post a Comment