Sunday 22 July 2012

Aku Telah Jatuh Cinta




Redup sinar mata mu mampu memukau disegenap jiwa ini.
Engkau yang ku damba , menebarkan kasih  di setiap ruang agar aku
terus merasai.
Aku yang tidak lagi sepi mengharapkan detak jantung ini tidak lagi berdebar setiap kali memandang wajahmu..

Aku rindukan setiap pertemuan ini
Aku rasakan kehangatan renunganmu mampu menenangkan getar jiwa ini,
Aku sematkan setiap impianmu bersama-sama dalam anganku..
Ku ukirkan setiap garis senyummu agar aku tidak lagi bermimipi  menanggung rindu,
Akan ku coretkan setiap madahmu agar menjadi pendorong di setiap kehidupanku
Inginku penuhi dalam setiap doaku
Semoga cinta ini kekal abadi…

Biarkan keresahan ini menyulam perasaan keliru yang bersilih ganti..
Mengharapkan semoga sinar kebahagiaan milik kita abadi,
Cinta yang tulus hadirnya sukar dimengerti
Kerana dia aku akan terus menanti

Tunduk ku membisu di kala kau merenungku
Rasa bahagia menyelebungi hati ini
Resah yang pernah menghantui diriku ku usirkan pergi
Agar keindahan  terpatri seindah cinta yang pernah ku ingini.

Setiap doaku ada doa untukmu
Setiap waktu yang berlalu ada cerita tentang dirimu
Dan disetiap senyumanmu ada rindu yang sedang bertamu

Ku akui tidak mudah untuk aku menyatakannya
Pada sekian kali terukir derita kecewa
Engkau yang mempesona membawa ku ke alam bahagia
Engkau yang bersahaja melunturkan tembok yang  telah ku bina
Kerana engkau,  aku telah jatuh cinta..




Cinta tidak mudah untuk aku menerimanya
Kerana cinta …aku pernah terluka
Namun dalam diam aku mula percaya
Cinta akan datang tanpa diduga
Cinta bermula pada hati yang menerima.

Tinggalkan kedukaan kelmarin agar jadi pemangkin
Luputnya kasih yang bukan lagi seiring…
Cinta yang hadir umpama nyawa yang diganti
Terima kasih cinta akan kesempatan ini
Khilafnya diri  untuk bersamamu
Kau buka ruang hati ini
Untuk ajari aku mencintaimu
Itulah pesona yang ada pada dirimu
Meyakinkan ku untuk berpaut kembali
Pada cinta kamu yang amat bererti

Biar masa menentukan segala
Mencipta sejarah buat aku dan dia
Walaupun singkat penantian ini
Aku pasti menuju ke penghujung cinta sejati
Untuk sehidup semati
 kini aku tidak lagi sendiri






No comments:

Post a Comment