Tuesday 20 December 2011

ERTI KEHIDUPAN

Pernahkah anda  merasai yang hati kecil ini telah merasai bermacam-macam rasa sehingga kadangkala rasa itu seakan MATI pada satu ketikanya.

Pernahkah anda merasai yang hati kecil ini telah berkecai menjadi kepingan-kepingan kecil sehingga menyukarkan ia bercantum seperti sedia kala..

Pernahkah juga anda merasai bahawa hati kecil ini kadangkala tercari-cari sesuatu yang hilang hingga kadangkala anda tak pasti apa yang sebenarnya yang ingin dicari...

Apa jua yang kita mahu...apa jua yang kita perlu...DAN apa jua yang kita impikan...semuanya tidak seindah apa yang kita harapkan. Mahu atau tidak..walau apa jua yang berlaku..kehidupan perlu diteruskan walau dalam apa jua keadaan.

Mempunyai harapan dan impian adalah suatu matlamat yang menghampirkan diri kita melangkah ke sebuah penghidupan yang sempurna.Tapi adakah setiap 'keajaiban' terlaksana pada setiap insan...Hanya Allah penentu segalanya...Hati di dalam tak siapa yang tahu betapa dalamnya luka ini hingga sukar untuk dipulihkan..Enggan ditanya KENAPA??? MENGAPA???BAGAIMANA???.....kerana setiap apa yang berlaku pasti ada jawapannya...

Aku pilih untuk jalan bahagia...TAPI  mungkin jua belum aku temui..aku ingin bersama orang yang disayangi..TAPI belum jua aku miliki..aku  jua mempunyai impian..TAPI  hanya kenangan indah yang mampu untuk dikenang...aku mahu hidup berdua...TAPI hingga kini aku masih sendiri..aku rindu untuk mengasihi..TAPI cinta mengakhirinya...apa jua keluh kesah yang aku hadapi..itulah harga sebuah kehidupan yang harus aku tempuhi untuk aku lebih mengenali  ERTI KEHIDUPAN..

No comments:

Post a Comment